In Sha Allah..Pasti Berguna...
Jadikan Teladan Ok!!
1. 'Saya Tidak Tahu di Mana Nak Mula.'
Ini masalah biasa. Jangan gelabah. Biasalah, kalau kita
bingung dengan jumlah subjek yang banyak untuk di-pelajari. Mulakan dengan
menyenaraikan semua perkara yang kita perlu tahu dan yang boleh dicari daripada
sukatan pelajaran atau segala yang diberitahu oleh pensyarah. Bahagikan beban
kerja pada beberapa bahagian yang boleh diurus. Belajar mengutamakan kerja yang
utama dan jadualkan masa kita secara realistik. Displinkan diri dengan
membiasakan diri kita selama beberapa minit tempoh antara kuliah untuk
megulangkaji nota-nota kuliah. Elakkan menangguh kerja ke saat-saat akhir dan
mula belajar seawal mungkin dengan tempoh minima empat jam sehari.
2. 'Banyaknya Nak Belajar, dan Masanya Pula Sikit.'
Bijak bertindak. Pastikan kita amalkan BTU (Baca awal,
Tumpu, Ulangkaji) terhadap kuliah-kuliah kita. Buat helaian rumusan pengajian
untuk semua subjek yang ada. Kerja ini boleh dipermudahkan dengan kumpulan
belajar kita. Rumusan ini termasuklah nota kuliah, tutorial, pembelajaran
berasaskan masalah dan kerja-kerja makmal yang perlu disaling-kaitkan.
Kenalpasti topik-topik yang paling penting yang diberi penekanan oleh pensyarah
dan bahagian-bahagian yang sukar difahami.
Bersabarlah! Mempelajari ciptaan Tuhan yang paling tinggi
sudah tentu tidak mudah. Tetapi percayalah pada pesanan saya, sebaik sahaja
kita memperolehi ilmu pengetahuan, ia akan memberi kepuasan dalam hidup kita.
Anggapnya sebagai suatu cabaran. Pendekatan ya
ng baik ialah dengan berbincang dengan rakan- rakan lain dalam kelas. Kita akan rasa lega apabila diberitahu rakan-rakan lain juga mendapati subjek itu sukar. Beranikan diri buat temu janji dengan pensyarah untuk mendapatkan penjelasan bagi bahagian-bahagian yang sukar. Pensyarah sudah tentu amat suka untuk membantu. Secara peribadi saya berasa amat gembira apabila penuntut bertanya kepada saya. Satu perkara penting perlu diingati, bahawa lebih sukar sesuatu subjek itu, lebih berguna ianya untuk masa pratikal klinikal dan pengajian lanjutan lepas ijazah.
4. 'Saya Baca, Saya Faham, Tetapi Saya Tak Boleh Ingat
Langsung.'
Berbincanglah. Kita akan ingat lebih baik bagi
perkara-perkara yang dibincangkan secara mendalam. Hasil penyelidikan telah
menunjukkan bahawa kita ingat 70% daripada apa yang kita bincangkan. Cuba
kaitkannya dengan sesuatu yang bermakna kepada kita. Semasa berbincang, cuba
kaitkan topik tersebut dengan contoh-contoh sendiri. Cuba salingkait subjek
dengan apa yang kita pelajari sebelum ini.
5. 'Agak-agaknya Saya Faham.'
Jangan terlalu yakin. Uji diri sendiri dengan berbincang
mengenai subjek tersebut. Bina soalan-soalan dengan rakan-rakan kita mengenai
bahagian-bahagian penting dan uji sesama sendiri. Sentiasa ingat fakta yang
ditekankan oleh pensyarah semasa dalam kuliah. Kaji hubungkait antara setiap
topik. Cuba bina soalan-soalan peperiksaan kita sendiri untuk topik yang
dibincangkan dan beri jawapan.
6. 'Banyaknya Nak Kena Ingat.'
Susun atur maklumat kita. Maklumat lebih mudah diingati jika
dipersembahkan dalam bentuk rangka kerja yang tersusun supaya maklumat boleh
diperolehi semula dengan cara yang sistematik. Ada banyak teknik yang dapat
membantu kita menyusun atur maklumat baru.
Kaji semula. Selepas membaca satu bahagian kaji semula dan
amalkan output learning iaitu mengeluarkan kembali fakta yang dipelajari. Cuba
reka soalan mengenai bahagian tersebut dan jawab. Jika kita tidak boleh ingat
lagi, baca semula pada tempat yang kita tidak ingat. Lebih banyak kita
mengambil masa untuk belajar, lebih banyak yang boleh diingat. Walaupun kita
boleh ingat kesemua fakta, kita masih perlu terus belajar kerana pembelajaran
berterusan boleh menjadikan bahan yang dipelajari tidak mungkin dilupai. Dengan
kata lain kita tidak mungkin terlebih belajar. Walau bagaimanapun, bagaimana
kita mengatur dan menggabungkan maklumat baru amat penting daripada berapa lama
kita mengambil masa untuk belajar. Bukan berapa lama kita belajar yang penting
tetapi berapa banyak yang kita perolehi semasa sesi belajar itu lebih penting.
Berapa banyak yang kita telah pelajari boleh dibuktikan daripada jumlah soalan
yang boleh dijawab. Cuba sediakan soalan berbentuk esei dan jawab sendiri,
kemudian cuba jawab soalan aneka pilihan untuk mengukuhkan apa yang telah
dipelajari.
8. 'Tapi Saya Suka Belajar Atas Katil Saya.'
Ini tidak baik. Ambil berat terhadap pelajaran kita. Membaca
buku untuk pengajian tidak sama dengan membaca buku cerita. Kita mesti belajar
dengan kertas dan pen di tangan dan catat atau buat rajah untuk belajar secara
aktif. Kita tidak boleh belajar sambil berbaring. Lagi pun, kita boleh ingat
semula lebih baik bila situasi belajar sama seperti situasi semasa ujian. Lebih
mirip antara suasana belajar dengan suasana ujian, maka lebih banyak bahan yang
boleh diigati semasa ujian.
9. 'Saya Belajar Lebih Baik Pada Saat-saat Akhir.'
Ini tidak benar sama sekali. Ingatan bertambah apabila masa
belajar meliputi tempoh masa yang panjang. Sudah pasti jika belajar pada saat
akhir ada hormon yang boleh dirembeskan akibat tekanan yang membuat kita rasa
tangkas, cergas dan bertenaga untuk belajar. Walau bagai-manapun kecergasan ini
akan mengakibatkan kita mudah penat dan diserang gelabah terutama sekali
apabila kita dapati terlalu banyak yang mesti dipelajari. Belajar di saat-saat
akhir adalah sia-sia dan kesannya akan dirasai semasa peperiksaan. Saya pernah
melihat rakan saya yang bersikap sedemikian akhirnya terpaksa mengulangi
beberapa kertas dan akhirnya terpaksa mengulangi seluruh tahun akademik
tersebut dan ada di antara mereka menamatkan pengajian mereka dua tahun lebih
lewat daripada sepatutnya ber-banding dengan siswazah lain. Keadaan ini membuat
mereka kecewa dan kurang keyakinan diri.
10. 'Saya Akan Berjaga Sepanjang Malam Sehingga Saya Habis
Belajar.'
Keadaan ini kurang produktif. Perkara yang amat penting
semasa ujian ialah berfikiran cergas. Elakkan keletihan minda. Rehat sebentar
berulang kali semasa mentelaah. Sebelum ujian rehatkan minda kita. Adalah amat
penting kita menjaga diri kita sebelum peperiksaan. Makan betul-betul, tidur
cukup dan bersenam secukupnya dan berdoalah bersungguh-sungguh.
Dipetik daripada buku Bagaimana Menjadi Seorang Pelajar yang
Baik dan Berjaya. Dapatkan buku ini di http://www.assohwah.com
No comments:
Post a Comment