Saturday, 23 November 2013

Kursus Pembangunan Sahsiah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Program Exprential Pembangunan Sahsiah..
Semenjak Daripada semester 2, telah diajar untuk mengendalikan program..

Namun, kali ini sangat berbeza...
Kami menggunakan bahasa Inggeris, kerana ada international student dari Nambibia dan Thailand..

Saya diberi kepercayaan untuk mengendalikan sesi ice-breaking. Namun, peluang tersebut saya beri kepada fasilitator lain. Mungkin silap saya, kerana tidak yakin untuk mengendalikan dalam bahasa Inggeris. Namun, saya mengendalikan sesi senam pagi dan slot energizer... Haha kalau apa2 program yang kami kendalikan, slot senam pagi dan energizer merupakan slot kesukaan saya.





Alhamdulilah, pada pagi hari sabtu semua peserta telah diberi tugas untuk melakukan aktiviti "Kembara Minda" atau khidmat masyarakat. Namun, pada masa yang sama mereka dikehendaki untuk mengumpul dana sekurang-kurangnya RM100.00.



Fasilitator yang hensem2 belako


Nampak x pelajar nambibia 2?


Di akhir program, Kutipan yang kami terima berjumlah RM 1825.00, Pencapaian yang membanggakan. Sesi refleksi daripada peserta nambibia amat menggalakan. Mereka mempersembahkan budaya meraka. Uniknya peserta Nambibia ini kerana mereka sangat sukakan muzik dan menari. Peserta daripada Thailand agak pemalu. Mungkin jumlah yang sedikit dan budaya mereka yang sangat bersopan-santun.

Pengalaman yang saya tidak akan lupakan.

"Perbaikilah Diri, Untuk Menjadi yang Terhebat"

Tuesday, 19 November 2013

Kem Kepimpinan Exco Asrama S.M.K Jengka Pusat

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..

Pada Tarikh 15- 17 November 2013,
Kolej Za'Ba telah menerima kunjungan daripada SMK Jengka Pusat, untuk mengadakan program kepimpinan exco asrama.
Saya sebagai Exco Akademik dan Kerjaya Kolej Za'ba diberi tanggungjawab untuk mengendalikan program ini bersama-sama Kelab Fasilitator Za'ba. Kelab ini berada di bawah Exco Akdemik dan Kerjaya.
Program diadakan dengan kerjasama Persatuan Anak Felda (PERSADA)
Alhamdulilah, program ini berlangsung dengan jayanya...

Kolej Za'ba sering menerima kunjungan daripada sekolah untuk mengadakan program..
Jom tengok gambar...

Sebahagian Fasilitator





Menara Impian






Ketua Fasilitator merangkap Teknikal..hahha








Pimpinlah Daku





Music Chair sebelum berangkat pulang



Semoga mereka menjadi pemimpin yang hebat dalam semua aspek..
A'ah.. Kalau Cikgu2, akak2 nk kami buat program..
In Sha Allah, kami blh..
Yg penting hantar surat jemputan..

Tuesday, 5 November 2013

Kaunselor yang tersangat baik..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Salwa baru saja memulakan pekerjaan barunya sebagai seorang guru kaunseling di sebuah sekolah.
Dia sangat bersemangat untuk memberikan nasihat kepada pelajar2 di sekolah itu.
Pada masa rehat.. dia melihat seorang pelajar yang tengah berdiri seorang diri hujung padang sedangkan kawan-kawangnya yang lain asyik bermain di tengah-tengah padang mengejar bola antara satu sama lain.
Salwa cuba mendekati pelajar itu dan bertanya apakah dia ada masalah… Pelajar itu menjawab bahawa keadaannya baik saja.
Mendengar jawapan itu Salwa lalu meninggalkannya.
Beberapa minit kemudian Salwa memerhatikan lagi pelajar itu masih sendirian di tempat yang sama. Salwa kini yakin bahawa pelajar ini sebenarnya mempunyai masalah.
Lalu sekali lagi Salwa mendekati pelajar itu dan berkata penuh kelembutan…
"Apakah kamu mahu kalau saya menemanimu?"
Pelajar itu menjawab..
"Okey.. boleh saja…!"
Merasa bahawa pendekatannya berhasil Salwa bertanya lagi..
"Kenapa kamu berdiri seorang diri di sini?"
"Kerana …" jawab pelajar itu dengan penuh kehairanan…

"… Saya adalah penjaga gol!"

Saturday, 2 November 2013

Prestiges...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....

Blog nie dh lama buat...
Link untuk Sahabat2 pun dh buat..
Cuma x kenalkan mereka lagi...

Ok!!
INI ADALAH WARGA PRESTIGES...
Yang masing-masing ada personaliti yang berbeza...
Yang nakal ada
Yang trsgt baik ada
Yang rajin tersangat ada
Yang malas ada
Yang mcm datin ada
Yang mcm datuk ada
Yang cool je ada
Yang baran ada
Yang gila-gila ada
Yang pendiam ada
Yang bising habaq hang ada
Yang gengstar
Yang BFF pn ada
Yang gila program ada
Yang kami malu pun ada
Yang dari oversea ada
Yang tidak tahu malu ada
Yang masuk air ada
A'ah... Walaupun hanya 24 orang..
TAPI, boleh riuh tahap gaban kalu dh bergabung..
In Sha Allah, Kami bakal-bakal kaunselor
 COUNSELOR TO BE..
Nk kenali meraka... Jom Kunjungi Blog Sahabat Saya

Ini Gambar kami...
Gambar daripada semester 1-5
Yang nie semester 1...






















Sampai semester 5 nie...terlalu banyak perubahan yang kami buat..
dh tua...



Counselor Still In The Making....