ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA...
Hari ini, ingin saya kongsikan satu kisah yang sedih mengenai pengorbanan seorang abang. Kisah ini seringkali ku ulang baca... dan masih terkesan di hati..
Sama-sama kita hayati...
Surat
Untuk Abang Dan Adik-
Mengisahkan kisah
seorang adik yg selalu tulis surat kat abang dia..Dan dia xtau pon abg dia balas
surat tu….hmmm..;(
Aku ada abg..Dah lama berpisah..Tapi aku selalu
utus surat kat die yg kat kampong..Satu pon x berbalas..
2 Tahun lepas..Aku menikah tanpa izin abang..Sebab
puas aku cari tapi x jumpa dia..Sepanj…ang perkahwinan aku..Aku x tenang..
Cuti sekolah yang lepas..Aku ajak suami aku balik
kampong..Aku nak bersihkan rumah pusaka makl dan ayah.. Semasa membersih rumah
using tu..Aku tersapu surat yang aku kirimkanpada abangku 2 tahun yang
lalu..Sebelum aku menikah…suratnya macam ni..
“Khas buat abangku,
Abg, ko ingat lagi x..
Mak ngan ayah meninggal mase aku Darjah 5..ko plak
Tingkatan 5.., Masa tu diorang eksiden sebab nak beli kek befday aku sebab aku
baling semua perhiasan kat umah kite, sampai mak terpaksa pegi beli ngan
ayah..Tapi aku hairan mase tu, ada satu bekas kaca yg aku pecahkan..tbe2 banyak
air keluar..Tapi ko cepat2 lap lantai umah kite..Tapi aku x amik kisah pon sal
hal tu..
Sebelum pegi, diorang cium kita berdua. Diorang
cakap
“ Abg, ko jaga adik. Jangan bagi nangis. Kalo mak
dah xde, ko jangan tinggal die. Ingat sket mak ngan ayah ko ni..Jangan sesekali
biar die sorang-sorang “
Ko ingat x..
Sebelum diorang pegi beli kek, ko balik dari
sekolah, ko belikan aku pengikat rambut warna biru, sebab ko ske warna biru
kan..Tapi aku campak kat longkang belakang umah kite, Sebab aku suke warna
pink. Lepas kejadian tu..ko x penah ucap bufday kat aku lagi..Sampai sekarang..
Abg, ko ingat x..
Kita hidup 2 orang je lepas tu, ko x sekolah
lagi..Ko pegi mana pon aku xtau..Tapi malam malam baru ko balik dan xpernah
cakap ngan aku, Ingat tak, aku masak untuk ko, Tapi ko xmakan pon..Last2 pagi
esok aku nampak ayam2 yg makan.Ko x penah ucap terima kasih kat aku.
Abg, ko ingat x..
Pernah sekali aku mintak duit nak pegi sekolah,
Tapi time tu ko tengah tido..Aku amik Dua riggit dalam poket jeans ko..Masa
balik sekolah, ko lempang aku sampai mulut aku darah. Tapi ko x pujuk aku balik
pon..Tapi keesokannya,nasib baik luka tu dah elok..
Abg, ko ingat x..
Semasa umur aku 18 tahun..ko hantar aku kat Kuala
Lumpur, umah Pak Long..ko cakap ko ada hal..Tapi sampai sekarang ko x datang
amik aku..Berpuluh surat aku titipkan bersama airmata aku pada kau..Kenapa
tiada sebarang balasan..Kenapa abg??
Sekarang umur aku dah mencecah 26 tahun, dan umur
ko dah pon 32 tahun, aku sudah pon disunting orang..Ketika hajat untuk menikah
aku sampaikan surat lagi pada engkau..Kenapa kau diam je? Kenapa ko x cakap
apa2? Aku perlu izinmu sebagai wali aku..
Abg,
Jika kau dapat surat ni..Katakanlah pada aku..Ada
apa sebenarnya yg sedang berlaku..
Salam sayang,
Adik.”
Aku mula terasa yg teringin nak selongkar rumah
pusaka ni…Yelah.. Nak balik jarang sangat..
Masa aku buka balik almari aku yang buruk yang dah
kena makan anai2..Tibe ada satu kotak besar jatuh and banyak kotak2 kecik serta
sampul2 surat..
Dan tiba2 aku terpandang satu surat yang cantik
sangat…dan aku buka…
“Assalamualaikum..
Kehadapan adikku yang jauh di mata ..
Maafkan abg kerana tidak membalas satu pon surat
yang engkau kirimkan..Kerana aku tidak berdaya sayang..
Aku masih ingat detik kemalangan mak dan ayah
kita..Iye, kau pecahkan perhiasan rumah..Tahukah kau salah satu perhiasan di
situ adalah hadiah untukmu?? Mesti kau tidak perasan..Yang pecah itu adalah
sebuah balang ikan emas yg telah aku, ayah dan mak belikan untuk kau..Tahukah
kau ayah masih berhutang dengan apek yg jual ikan tu di pekan..
Adikku sayang..
Aku tau kau tak suka warna biru..Tapi aku beli
pengikat rambut itu untuk kau..Supaya kau akan ingatkan aku sentiasa bila kau
pakai pengikat rambut itu..Walaupon kau dah campakkan pengikat rambaut tu..Aku
dah ambil balik, dan basuh..dan telah aku letakkan dalam sebuah kotak kecil di
rumah kita..Nanti kau ambil ya..
Adikku sayang..
Jangan lah kau bersedih kerana aku sudah tidak
ucapkan lagi tanggal hari jadi mu..Kau pon sudah lupa ya..Pada tarikh itulah
kedua orang tua kita meninggal..Aku tak sanggup melihat tangisan engkau bila
aku ucapkannya..Aku harap kau mengerti..
Adikku sayang..
Tahukah kau kenapa aku hanya balik bila malam
saja..Kerana aku bekerja di pekan..Mengangkat guni2 untuk letak dalam
lori..Untuk menyara engkau..Untuk membeli buku sekolah engkau, makan kau,
baju-baju engkau dan semua persiapan kau..Kerana masa itu,..Kau sangat terkenal
dengan kecantikan kau, Ramai yg memuji..Aku harus sediakan perhiasan untuk
kau..Supaya kau tidak rasa malu..Aku tidak pulang siang hari kerana aku takut
jika engkau dicerca kerana abangmu yg kelihatan seperti pengemis ini..
Adikku sayang,
siapa cakap yg aku tidak menjamah masakan kau..Aku
akan makan masakan itu sebelum subuh..Sebab aku perlukan tenaga untuk siang
hari, dan aku makan semasa engkau tidur..Supaya jari-jarimu tidak tercedera dan
kasar semasa basuh pinggan dan matamu tidak bengkak kerana menemani aku makan..
Adikku sayang,
aku malu untuk ucapkan terima kasih..Kerana engkau
banyak berkorban untukku..Kau menyediakan makanku dan segalanya..Adakah ucapan
itu cukup untuk membayar semuanya?? Jika aku ucapkan terima kasih..Biarlah aku
ucapkan di akhir hayatku..Kerana terima kasihku untukmu adalah ntuk semua yg
kau lakukan semasa hidupku..
Adikku sayang,
Maafkan aku kerana aku memukulmu..Tahukah kau
mencuri dan mengambil barang tanpa kebenaran adalah berdosa? Aku tidak sanggup
untuk mengherdik kau lalu aku putuskan untuk memberi pengajaran yg akan kau
ingat sampai bila-bila..Betulkan..selepas kejadian itu..Kau sudah tidak
mengambil barang orang lain sesuka hati kan?? Itu tandanya perbuatanku tidak
sia sia kerana aku dapat mendidikmu..Dan tahukah kau aku berhempas pulas
menyapu minyak dibibirmu pada malam itu ketika kau tidur?Aku keluar mencari
pucuk jambu batu dan menggilingnya sehingga batu lesung itu turut menggiling
tangan aku..Sakit yang amat sangat..Tapi aku tetap teruskan dan
Alhamdulillah..aku Berjaya mencuci kesan minyak dan ubat itu sebelum kau
bangun..Aku tidak mau bengkak itu mencacatkan wajahmu yang cantik itu..
Adikku sayang..
Maafkan aku kerana terpaksa memisahkan kau dari
aku, sebenarnya..aku menghantar kau kerana aku jatuh sakit ketika itu..Mungkin
kerana ketika aku bekerja kontrak di tempat pembinaan menyebabkan aku sangat
terdedah pada debu dan simen..Aku terjatuh semasa kerja dan dikejarkan ke hospital..Doktor
mengesahkan aku menghidapi barah peparu dimana badan ku tidak berupaya untuk
memikul barang yg berat, serta pernafasan aku sudah tak selancar dulu..Patutlah
aku selalu batuk batuk, sesak nafas dan pandanganku yg makin kabur..Aku
terpaksa dirawat dihospital walaupon doktor menjangkakan aku xkan bertahan
lama..
Sayangku..
Aku titipkan surat ni di rumah pusaka, ketika ini
aku di hospital..Jika suatu hari nanti engkau pulang ke rumah kita..Bacalah
semua surat2 dan bukalah semua hadiah yg aku belikan setiap tahun lebih kurang
9 tahun dahulu..Dan maafkan aku jika tidak dapat sediakan hadiah untukmu pada
tahun ini..
Adikku sayang..
Mungkin tika kau membaca surat ini..Aku sudah pon
tiada..Jangan kau bersedih..Di sini ada beberapa perkara yang ingin aku
katakan..
Untuk menyapu rumah kita ketika aku pulang dengan
pakaian dan kotor serta debu, TERIMA KASIH.
Untuk mengelap setiap barang yg aku sentuh supaya
sentiasa bersih dan tiada kuman, TERIMA KASIH.
Untuk membasuh pakaianku yg busuk dengan peluh ku,
TERIMA KASIH.
Untuk melemparkan senyuman dan salaman ketika aku
pulang dr kerja, TERIMA KASIH.
Untuk memasak lauk kegemaranku yg kau sangka aku
tidak suka, TERIMA KASIH.
Untuk mengingatiku dan menulis surat yg tidak bisa
aku balas, TERIMA KASIH.
Untuk menjadi adik yang sangat aku sayangi, TERIMA
KASIH.
Untuk segalanya yang kita tempuhi, suka mahupon
duka, TERIMA KASIH.
Adikku sayang..
sekiranya engkau disunting seseorang..Biarkan
pakcik kita menjadi walimu..Kerana aku mungkin sudah tiada..
Bahagiakanlah dirimu..Kerana itu yg aku
mahukan..Jagalah suamimu dan jangan kau ingkarinya..
Salam sayang sedalam-dalamnya,
Abang.”
Di rumah pusaka itu..Aku termenung bersama jernihan
airmata yg mengalir..Lantas..Aku buka satu persatu hadiah yang dikatakan..
Semuanya berwarna pink..Dan semuanya di tulis nama
aku dengan tulisan yg sangat indah..Ya Allah…Aku meraung sambil menatap hadiah
itu..
Ya Allah..dimanakah dapat ku cari insan semulia
abangku